: Tue, 24 Oct 17

Anjung Utama

Pengenalan >> Pengenalan

Tatacara Kutipan Zakat
 

Jenis Zakat

Proses

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah dikutip melalui Amil-amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam mengikut kawasan masing-masing di daerah Brunei Muara, Belait, Tutong dan  Temburong. 

Tempat Kutipan Zakat ini biasanya dilakukan di Masjid, Surau dan Balai Ibadat jika Amil-amil tersebut terdiri dari Pegawai-pegawai Masjid (Imam dan Bilal). Jika Amil yang terdiri dari Pegawai-pegawai Kerajaan (Penghulu, Ketua Kampung dan Guru Ugama), Kutipan Zakat akan dilakukan di rumah Amil masing-masing.

Nota: 

Jumlah Zakat Fitrah yang dibayar di Negara Brunei Darussalam adalah berdasarkan harga dua (2) jenis beras yang biasa dimakan di negara ini dengan kadar sukatan sebanyak 2 kilogram 268 gram seperti berikut:-

  1. Beras Wangi : $2.84
  2. Beras Siam : $1.93

Zakat Harta

Zakat Harta dikutip melalui:-

1.      Amil-amil yang dilantik

2.      Institusi-institusi kewangan Islam iaitu Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Bank Islam Brunei Darussalam Berhad (BIBD) bagi pendeposit sahaja.

3.      Bahagian Kutipan Dan Agihan Zakat.

 

 

Jenis-jenis Zakat Yang Biasa Diterima

 

Jenis-jenis Zakat Harta yang biasa diterima oleh Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat adalah seperti berikut:

i.         Zakat Wang Simpanan

ii.       Zakat Perniagaan

iii.      Zakat Emas

iv.     Zakat Perak

 
Pengenalan
Unit-Unit Dalam BAKAZ dan Cawangannya
Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat
Jawatankuasa Meneliti Permohonan Bantuan Dari Asnaf-Asnaf Zakat
Agihan Zakat
Permohonan dan Agihan
Fungsi Bahagian Zakat