: Sun, 21 Dec 14

Anjung Utama

Pengenalan >> Pengenalan

Permohonan dan Agihan
 

Tatacara Menghadapkan Permohonan Bantuan
i) Permohonan dibuat secara bersurat dan mengisikan borang permohonan yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam.

ii) Surat dan borang permohonan tersebut hendaklah dibuat atas nama Ketua Keluarga seperti yang diterangkan dalam tafsiran-tafsiran Bilangan 6.4 dan dialamatkan kepada:-

Setiausaha Majlis Ugama Islam
Jabatan Majlis Ugama Islam
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Jalan Menteri Besar,
Bandar Seri Begawan BB3910
Negara Brunei Darussalam

(Up: Ketua Bahagian Kutipan Dan Agihan Zakat)

iii) Surat hendaklah dihadapkan melalui Ketua Kampung atau Penghulu Mukim di mana pemohon bermastautin.

iv) Borang permohonan hendaklah disahkan dan dicop oleh Ketua Kampung atau Penghulu Mukim dimana pemohon bermastautin dengan menyertakan bersama dokumen-dokumen berikut:-

• Salinan kad pengenalan pemohon, isteri dan anak-anak yang masih di bawah tanggungannya dan salinan surat beranak bagi tanggungan yang di bawah umur 12 tahun (belum mempunyai kad pengenalan).

• Salinan sijil muallaf (jika pemohon seorang muallaf)

• Salinan sijil mati (jika suami meninggal dunia)

• Salinan sijil cerai (jika bercerai)

• Salinan slip gaji yang terkini (jika ada)

• Salinan surat gadaian (jika berkenaan)

• Salinan surat sewa rumah (jika pemohon penyewa rumah)

• Salinan bil eletrik dan air yang terkini (jika berkenaan)

• Surat daripada pihak Bank dengan menyatakan sebab-sebab membuat pinjaman di bank, berapa jumlah pinjaman, berapa potongan bulanan dan untuk tempoh berapa tahun (jika ada membuat pinjaman di bank)

• Surat pengesahan pihak sekolah (jika anak masih bersekolah)

• Surat pengesahan pihak sekolah/Institusi pengajian mengenai bayaran persekolahan / pengajian bagi pemohon yang bukan warganegara Brunei.

• Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan pemohon dan jenis bantuan yang dipohonkan.


Syarat-syarat Am Pemohon

Syarat-syarat am bagi pemohon adalah seperti berikut:

i) Berugama Islam

ii) Termasuk dalam salah satu golongan yang berhak menerima zakat iaitu:-
• Fakir
• Miskin
• Muallaf
• Amil
• Ibnus-Sabil
• Al-Gharimin

iii) Rakyat Kebawah Duli Yang Maha  Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (pemegang kad pengenalan warna kuning) atau Penduduk Tetap (pemegang kad pengenalan warna ungu).

iv) Pemohon yang bukan warganegara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap hendaklah bermastautin di Negara ini secara berterusan sekurang-kurangnya selama (6) bulan (pemegang kad pengenalan warna hijau).

v) Tidak mampu berusaha kerana tua atau cacat.

vi) Tidak mampu berusaha kerana berpenyakit (salinan surat pengesahan doktor – jika berkenaan)

vii) Tidak mempunyai sumber kewangan/pendapatan/harta yang tetap.

viii) Tidak mempunyai anak-anak yang bekerja atau ada anak bekerja tetapi tidak dapat membantu kerana sumber pendapatan yang tidak mencukupi.

ix) Mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluannya (penilaian berdasarkan kes-kes tertentu).

Syarat-syarat bagi Muallaf (Permohonan Agihan Zakat Kepada Asnaf)

i)    Memeluk Islam bersama keluarga kecuali orang yang Islam sejak kecil seperti diangkat oleh kelaurga Islam atau lahir setelah kedua ibu bapanya memeluk ugama Islam.

ii) Belum menunaikan Fardhu Haji.

iii) Telah memeluk ugama Islam tidak lebih dari sepuluh tahun.

iv).Tidak bertugas sebagai Imam, Guru Ugama atau lain-lain pekerjaan yang menyebabkan tidak boleh menerima bantuan-bantuan Agihan Zakat. 
 

 
Pengenalan
Unit-Unit Dalam BAKAZ dan Cawangannya
Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat
Jawatankuasa Meneliti Permohonan Bantuan Dari Asnaf-Asnaf Zakat
Tatacara Kutipan Zakat
Agihan Zakat
Fungsi Bahagian Zakat