: Wed, 17 Sep 14

Anjung Utama

Kalkulator >> Kalkulator

Penngiraan Zakat Binatang Ternakan
 

Binatang-binatang ternakan yang wajib dikeluarkan zakat ada tiga (3) jenis iaitu:-
1. Unta
2. Lembu dan Kerbau
3. Kambing

SYARAT-SYARAT WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT BINATANG TERNAK
1. Orang Islam
2. Sempurna Hak Milik
3. Binatang ternak tersebut sampai nisabnya, iaitu kadar yang sekurang-kurangnya cukup untuk dikeluarkan zakatnya.
4. Cukup haul iaitu genap peredaran masa setahun binatang itu dimiliki atau dibelanya.
5. Bintang ternak tersebut diberi makan rumput dipadang yang tertentu dengan tidak kena bayaran.
6. Bintang ternak tersebut tidak digunakan untuk membuat sesuatu kerja seperti membajak sawah atau menarik kereta dan lain-lain.

ZAKAT UNTA
Nisab dan zakat unta bermula dari lima (5) ekor.

Bil.

Kadar Nisab

Kadar Zakat

Bilangan

jantina

umur

1

5 hingga 9 ekor

1 ekor kambing biri-biri

-

1 tahun lebih

2

10 hingga 14 ekor

2 ekor kambing biri-biri

-

1 tahun lebih

3

15 hingga 19 ekor

3 ekor kambing biri-biri

-

1 tahun lebih

4

20 hingga 24 ekor

4 ekor kambing biri-biri

-

1 tahun lebih

5

25 hingga 35 ekor

1 ekor unta betina

betina

1 tahun lebih

6

36 hingga 45 ekor

1 ekor unta betina

betina

2 tahun lebih

7

46 hingga 60 ekor

1 ekor unta betina

betina

3 tahun lebih

8

61 hingga 75 ekor

1 ekor unta betina

betina

4 tahun lebih

9

76 hingga 90 ekor

2 ekor unta betina

betina

2 tahun lebih

10

91 hingga 120 ekor

2 ekor unta betina

betina

3 tahun lebih

11

121 ekor

3 ekor unta betina

betina

2 tahun lebih


Nota:
Jika lebih dari bilangan di atas, maka bagi tiap-tiap empat puluh (40) ekor unta wajib dikeluarkan zakatnya satu (1) ekor unta betina berumur 2 tahun lebih, dan bagi tiap-tiap lima puluh (50) ekor anak unta wajib dikeluarkan zakatnya satu (1) ekor unta betina berumur tiga (3) tahun lebih dan demikian seterusnya.


ZAKAT TERNAKAN LEMBU / KERBAU

Nisab dan zakat lembu atau kerbau bermula dari tiga puluh (30) ekor.

Bil.

Kadar Nisab

Kadar Zakat

Bilangan

jantina

umur

1

30 hingga 39 ekor

1 ekor

Jantan

1 tahun lebih

2

40 hingga 59 ekor

1 ekor

betina

2 tahun lebih

3

60 hingga 69 ekor

2 ekor

jantan

1 tahun lebih

4

70 hingga 79 ekor

1 ekor

jantan

1 tahun lebih

dan 1 ekor

betina

dan 2 tahun lebih

5

80 hingga 89 ekor

2 ekor

betina

2 tahun lebih

6

90 hingga 99 ekor

3 ekor

jantan

1 tahun lebih

7

100 hingga 109 ekor

2 ekor

jantan

1 tahun lebih

dan 1 ekor

betina

dan 2 tahun lebih


Nota:
Jika lebih dari bilangan di atas, maka bagi tiap-tiap tiga puluh (30) ekor lembu atau kerbau wajib dikeluarkan zakatnya satu (1) ekor anak lembu  jantan berumur 1 tahun lebih dan bagi tiap-tiap empat puluh (40) ekor anak lembu atau kerbau wajib dikeluarkan zakatnya satu (1) ekor anak lembu atau kerbau betina berumur dua (2) tahun lebih dan demikianlah seterusnya.


ZAKAT TERNAKAN KAMBING

Nisab dan zakat kambing bermula dari empat puluh (40) ekor.

Bil.

Kadar Nisab

Zakat Zakat

bilangan

umur

1

40 hingga 120 ekor

1 ekor kambing biri

1 tahun lebih

atau 1 ekor kambing biasa

2 tahun lebih

2

121 hingga 200 ekor

2 ekor kambing biri

1 tahun lebih

atau 2 ekor kambing biasa

2 tahun lebih

3

201 hingga 399 ekor

3 ekor kambing biri

1 tahun lebih

atau 3 ekor kambing biasa

2 tahun lebih

4

400 ekor

4 ekor kambing biri

1 tahun lebih

atau 4 ekor kambing biasa

2 tahun lebih

5

Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor

1 ekor kambing biri-biri

1 tahun lebih

Atau 1 ekor kambing biasa

2 tahun lebih


 
Pengiraan Zakat Harta (Wang Simpanan)
Pengiraan Zakat Emas
Pengiraan Zakat Perak
Pengiraan Zakat Perniagaan
Pengiraan Zakat Biji-Bijian dan Buah-Buahan (Tanaman)